Wednesday, June 30, 2010

Berfikiran Positive

Salam buat semua.

Nampaknya para graduan sudah mula mencari-cari kerja di luar sana. Tahniah kepada mereka yang sudah memulakan karier. Bagi masih tercari kerja untuk dipohon, Sabar dan tawakkal pada Yang Maha Esa, teruskanlah berusaha. Sejak akhir-akhir ini saya terkenangkan pada kisah-kisah yang menguris perasaan ketika keadaan yang terkial-kial mencari kerja satu ketika dahulu. Bukan berdendam, tapi parut luka sukar dihilangkan. Cuma saya tidak diludah atau disepak terajang sahaja. Setakat sindiran, jelingan yang penuh "underestimate" atau kutukan adalah perkara biasa yang saya terima. Saya bisikkan pada diri, saya perlu ambil perkara yang positif kerana kita tidak akan rugi apa-apa pun dengan berfikiran positif. Pengajaran yang amat bernilai saya perolehi daripada pengalaman tersebut ialah "Mereka yang sabar bersama-sama kita ketika susah ialah ibubapa dan adik-beradik kita. Baik buruk mereka, merekalah yang akan bersama-sama ketika diri hampir putus harapan".


Ada pakar motivasi menyebut, "Look at life through the windshield, not the rear-view mirror". Namun kadangkala kisah-kisah yang membuatkan diri kecewa dan sedih mampu dijadikan pembakar semangat untuk berjaya. Contohnya lihat bagaimana Vince Papale bangkit dari kepayahan untuk berjaya. Tidak bekerja dan kemudiannya ditinggalkan isteri beliau ketika itu. Malah kesemua perabot didalam rumah diambil. Bekas isteri beliau meninggalkan nota berbunyi "You never will be anything in the world." Sebuah filem diadaptasi dari kisah benar beliau iaitu "Invincible" lakonan Mark Wahlberg.

"Selagi kita bernafas di muka bumi Allah ini, selagi itulah jangan sekali-kali putus harapan."




Thursday, June 17, 2010

Terlupa

Di dalam kehidupan seharian kita, kadang-kadang apabila kita marah, kita terlupa untuk memandang ke belakang. Melihat keadaan orang disekeliling kita. Pemerhatian yang teliti terhadap insan-insan yang kurang bernasib baik akan menerbitkan rasa bersyukur di hati. Apabila berbicara berkenaan pasangan kekasih, adakala sebilangan dari mereka mempertahankan ego atau kehendak masing-masing, termasuk diri saya sendiri. Tidak kah kita rasa bersyukur dengan kita dikurniakan pasangan yang serasi dengan kite? Adakah kita sudah lupa bagaimana sakitnya hati yang terluka dek insan yang mendustakan cinta kita? Jika ini kita imbas kembali, kita akan dapat rasakan kita bertuah dan menikmati manisnya cinta serta bersyukur kerana ditemukan dengan pasangan kita. Dibawah saya sertakan sebuah lagu dendangan Rockwell berjudul Knife, lagu yang mengisahkan betapa hancurnya seorang kekasih kerana pemergian kekasihnya. Bersyukurlah, insan yang kita sayangi masih ada disisi kita. Cuma ada waktu yang tidak mengizinkannya untuk memenuhi atau menepati permintaan kita.



You touched my life
with a softness in the night
my wish was your command
until you ran
out of love
I tell my self I'm free
got the chance of
living just for me
no need to hurry home
now that you're gone

Knife
cuts like a knife
how will I ever heal
I'm so deeply wounded

knife
cuts like a knife
you cut away the
heart of my life
When I pretend wear a smile
to fool my dearest friends
I wonder if they know
it's just a show
I'm on a stage day and night
I go through my charades
but how can I disguise
what's in my eyes

I've try and try locking up
the pain I feel inside
the pain of wanting you
wanting you


Kita hidup hari ini, tidak semestinya kita hidup pada sekian harinya. Maka seboleh-bolehnya, sedaya upaya kita gembirakan diri dan sidia pada masa yang sama. Pada insan yang saya cintai, saya memohon maaf atas kesilapan saya. Di hati saya, hanya ada seorang wanita yang bertakhta iaitu tunang saya, Fatinah Binti Abu Bakar. Maafkan abang

Wednesday, June 9, 2010

Satu Langkah Ke Hadapan

Masa makin hampir untuk kita berdua sayang. Kita akan melalui alam pertunangan. Moga kasih dan cinta kita makin merkar dari hari ke hari sehingga akhir hayat kita. Ku menyayangi mu sepenuh jiwaku. Ku tidak tahu apa kan terjadi padaku seandainya kau menolak cintaku dahulu. Terima kasih banyak2 kerana sudi menjadi teman hidupku dan membalas kasih sayang serta cintaku sepenuh hati. Sebahagian dari kata-kata puitis dari lagu tersebut ku tujukan khas buat sayang.