Wednesday, June 30, 2010

Berfikiran Positive

Salam buat semua.

Nampaknya para graduan sudah mula mencari-cari kerja di luar sana. Tahniah kepada mereka yang sudah memulakan karier. Bagi masih tercari kerja untuk dipohon, Sabar dan tawakkal pada Yang Maha Esa, teruskanlah berusaha. Sejak akhir-akhir ini saya terkenangkan pada kisah-kisah yang menguris perasaan ketika keadaan yang terkial-kial mencari kerja satu ketika dahulu. Bukan berdendam, tapi parut luka sukar dihilangkan. Cuma saya tidak diludah atau disepak terajang sahaja. Setakat sindiran, jelingan yang penuh "underestimate" atau kutukan adalah perkara biasa yang saya terima. Saya bisikkan pada diri, saya perlu ambil perkara yang positif kerana kita tidak akan rugi apa-apa pun dengan berfikiran positif. Pengajaran yang amat bernilai saya perolehi daripada pengalaman tersebut ialah "Mereka yang sabar bersama-sama kita ketika susah ialah ibubapa dan adik-beradik kita. Baik buruk mereka, merekalah yang akan bersama-sama ketika diri hampir putus harapan".


Ada pakar motivasi menyebut, "Look at life through the windshield, not the rear-view mirror". Namun kadangkala kisah-kisah yang membuatkan diri kecewa dan sedih mampu dijadikan pembakar semangat untuk berjaya. Contohnya lihat bagaimana Vince Papale bangkit dari kepayahan untuk berjaya. Tidak bekerja dan kemudiannya ditinggalkan isteri beliau ketika itu. Malah kesemua perabot didalam rumah diambil. Bekas isteri beliau meninggalkan nota berbunyi "You never will be anything in the world." Sebuah filem diadaptasi dari kisah benar beliau iaitu "Invincible" lakonan Mark Wahlberg.

"Selagi kita bernafas di muka bumi Allah ini, selagi itulah jangan sekali-kali putus harapan."




No comments:

Post a Comment