Thursday, May 6, 2010

Alhamdulillah

Hari ini genap tiga minggu saya menjalani latihan di kilang saya bekerja. Latihan@training ini mengambil masa 2tahun sebelum confirm diserap masuk. Dalam tempoh 2tahun tersebut, saya bakal menjalani latihan asas (3bulan), latihan pengenalan (rotate di setiap department) dan seterusnya mengendalikan operasi kilang. Biarpun kilang yang saya sertai bukanlah organisasi multinasional, namun bagi seorang pengganggur yang mengaggur hampir 1tahun, saat diterima adalah saat paling gembira.




Mungkin inilah kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba Nya yang sabar. Sebelum ini sudah banyak temuduga yang saya hadiri, malah adakalanya seolah seperti dimarahi oleh sang penemuduga semata-mata kerana jawapan saya tidak seperti yang dikehendaki nya. Saya faham adakalanya bangsa seseorang mempengaruhi suasana temuduga terutama bagi golongan yang bermata sepet (segelintir mereka terlalu rasis).

Namun bagi saya perkara yang amat menyedihkan adalah apabila berhadapan dengan mereka yang sama bangsa dan agama tetapi menidakkan kemampuan anak bangsanya sendiri. Apa-apa pun, Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan sangat gembira dengan keadaan saya sekarang. Pada anda di luar sana, andai masih gagal mendapat kerja, pohonlah kepada Maha Pencipta.

Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.

2 comments:

  1. golongan bermata SEPET??!! uwaaa..terasa nyee...hukhuk..

    ReplyDelete
  2. sepet 2 golongan satu lagi, bukan u. mata u techik jek. hehehe

    ReplyDelete