Monday, May 10, 2010

Jutawan internet

Salam buat semua.

Kita sedang melalui dunia tanpa sempadan. Manusia berinteraksi dengan menggunakan gadget/alat yang canggih seperti 3G handphone, internet, pembelian dan penjualan online. Malah, banyak lagi aplikasi yang kini wujud. Seorang pengguna Rusia mampu membeli t-shirt daripada penjual di Malaysia. Sebagai seorang muslim, kita sepatutnya menggunakan peluang ini bagi meningkatkan kekuatan ekonomi umat Islam, diri sendiri khasnya.



Salah satu contoh terdekat dengan rakyat Malaysia ialah Dr. Irfan khairi. Daripada pengalaman dan pendapatnya, saya yakin beliau seorang yang sentiasa berpandangan jauh. Jadi mulakan langkah kalian dengan berniaga di internet. Lakukan langkah demi langkah, Insyallah berjaya. Saya pernah membaca buku "Nota Jutawan" yang dihasilkan sendiri oleh beliau. Jujur saya katakan bahawa bahasa yang digunakan mudah difahami. Malah idea-idea yang diajar amat praktikal. Jika kalian ingin mengetahui lebih lanjut, kalian boleh melayari laman web beliau untuk mengetahui dan juga membeli produk-produk yang dihasilkan beliau.

No comments:

Post a Comment