Pasti anda semua tahu berkenaan ebay bukan. Ebay adalah merupakan tempat jualan dan pembelian secara maya dan telah diasaskan oleh Pierre Omidyar pada tahun 1996. Kini terdapat jutaan ahli diseluruh dunia menggunakan ebay. Adakah ebay selamat?
Mungkin ada diantara kita yang masih musykil berkenaan pusat jualan dan pembelian ini. Saya pada mulanya agak musykil berkaitan pembelian di laman ini, namun keyakinan bertambah selepas membeli 1 item di sana, Rayban Aviator. Berdasarkan keadaan ekonomi semasa yang agak suram, apa kata kita sama-sama menerokai penjualan secara maya ini. Saya sebenarnya masih dalam proses mempelajari perkara-perkara asas berkaitannya. Minat saya mula timbul selepas melihat kejayaan usahawan-usahawan muda di ebay. Contohnya seperti Khairul Azlan bin Zainal Ariffin@Sifu Lan (tempatan) dan David Wirtenberg, 28 tahun, seorang powerseller Ebay yang menjana pendapatan 10 juta USD dollar setahun (antarabangsa).Bagi mendapatkan lebih pemahaman berkenaan ebay, anda boleh medapatkan "Rahsia Ebay" daripada Sifu Lan dengan klik pada ikon dibawah.
Selamat Mencuba

No comments:
Post a Comment