Wednesday, May 5, 2010

KERJA OH KERJA

Salam buat semua.

Pastinya ramai mahasiswa akan menamatkan pengajian di institut pengajian tinggi pada pertengahan tahun ini. Malah mungkin sudah ada yang telah tamat pada bulan lepas. Syabas diucapkan pada kalian kerana berjaya menghabiskan ijazah/diploma/sijil anda!

Selepas ini, anda akan berhadapan satu lagi cabaran iaitu mencari kerja. Bunyi macam senang,"mencari kerja". Tapi sebenarnya proses itu tidak semudah/sesenang yang disangka. Antara langkah-langkah awal yang perlu di ambil adalah:

  1. Menyediakan resume yang profesional (contoh resume yang bagus banyak di web)
  2. Kemaskini sijil-sijil (susun sijil dalam kedudukan yang terkini dan diikuti sijil2 sebelumnya)
  3. Buat kajian syarikat-syarikat yang sesuai dengan bidang anda (melalui Jobstreet, JobsDB dan sbg) dan lihat kekosongan yang wujud. seterusnya hantar kepada pihak tersebut samada 'byhand' atau pos.
  4. Dapatkan update daripada pihak berkenaan (telefon pihak HR dan tanyakan proses permohonan jawatan yang diminta. kerana pihak HR ada ketika terlupa berkenaan permohonan tersebut dan pemohon terlalu ramai).
Pesanan khusus buat yang sedang mencari kerja dan para graduan, "bersabarlah dalam mencari rezeki". Peganglah pada "rezeki burung", yang mana burung ialah makluk yang kehidupannya simple. Sedangkan sesimple burung pun Allah S.W.T menyediakan rezeki, apatah lagi manusia seperti kita yang kehidupan nya yang lebih kompleks.


Kita berusaha, Allah yang memberi rezeki. Allah S.W.T tidak akan sesekali menganiaya hamba-hamba Nya.

1 comment: