Thursday, May 6, 2010

Duit@money

Salam buat semua.

Topik kita pada hari ini berkenaan kewangan, lebih tepat lagi duit. Siapa di antara kalian yang tidak pernah cukup duit? sila angkat kaki. (Jgn angkat betul2 pulak ye). Kebanyakkan di antara kita selalu mengalami masalah kekurangan duit. Mungkin ada yang beranggapan "Gaji aku kecik, macamana la nak simpan duet banyak2" atau "Ish, asyik tak cukup je duet ujung bulan. Apa ntah yang aku beli" . Dialog ni pasti kite selalu dengar bukan, tambah hujung bulan atau pertengahan bulan.

Bagi rakyat marhain yang tidak mempunyai projek-projek mega, keluarga yang tidak mempunyai banyak harta pusaka, adakah hanya membiarkan diri dihanyutkan oleh nasib@luck@ong? Jika anda masih berfikiran sedemikian, sedarlah dari mimpi anda. Allah SWT tidak pernah menghalang mencari kekayaan di muka bumi Nya selagi tidak bertentangan dengan Islam.

Terdapat beberapa langkah praktikal bagi menstabilkan kewangan rakyat seperti kita. Salah satunya ialah menabung. Ada diantara kita sebenarnya memandang remeh langkah ini. Sedangkan langkah ini telah diajar oleh ibubapa kita kepada kita sejak kecik lagi kerana terbukti berkesan. Jika anda masih belum bermula, mulakanlah pada hari ini. Bak kata orang-orang lama, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". Jangan malu untuk memulakannya.

Langkah seterusnya berjimat cermat. Buang perkara yang kurang bermanafaat kepada anda. Buatkan list perkara-perkara yang boleh dikurangkan, contoh paling mudah : penggunaan elektrik dan air yang berlebihan. Langkah terakhir adalah berniaga. Saya akui tidak semua yang minat berniaga, termasuklah diri saya sendiri. Saya tersedar kepentingan berniaga ketika saya dalam tahun 3 di universiti, tetapi masa tidak mengizinkan ketika itu kerana masih terikat dengan komitmen sebagai mahasiswa. Tidak kiralah secara kecil-kecilan pun, tapi kita sebagai umat Islam perlu berniaga. Kita perlu menguatkan kekuatan ummah dari segi ekonomi ataupun sekurang-kurangnya menguatkan ekonomi keluarga.

Gabungan ketiga-tiga langkah tadi jika diaplikasikan, Insyallah kita akan tersenyum pada hujung bulan. Tidak tertekan dengan hambatan dunia kini yang menuntut wang untuk setiap perkara. Namun suka saya ingatkan, tawakkal lah kepada Allah SWT setelah langkah-langkah tersebut dilakukan. Lakukan segala tuntutan agama Islam semoga apa yang dimiliki kita itu nanti mendapat "barakah" dari pada Nya.

"Dicelah-celah hati orang beriman, bersinar cahaya kerajinan"

3 comments:

  1. "Gaji da okay pon tp still rase mcm xckup lebey2 lagik nak kne simpan duet tuk kawen!!" -ngee~~

    ReplyDelete
  2. Erm. Kita kena usaha dan simpan duit. Masa depan tak tahu macamana. Klu jd negara maju, bayaran yang kene bayar adalah harga barang2 mahal. So kene start menyimpang dari skang dan slow2 belajar niaga. ade pehem? hehe

    ReplyDelete
  3. slow2 meniaga tu u jek la wat yerkk..u kan mmg minat meniaga..hihi. Kalu psal saving tu mmg insya Allah i wat laa..i mmg berpandangan jauh sejak azali lagik..ahaks..

    ReplyDelete